jom infaq
Lot 80444, Lebuh Kebun Nenas 3/KS8, 41200 Klang, Selangor
011 1038 4088
tpirsjs@gmail.com
Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sa’adah (TPIRS) terletak di Kampung Johan Setia, Klang, Selangor. TPIRS adalah tanah yang telah diwartakan melalui WKNS No. 1807 bertarikh 23 September 2004 sebagai Tapak Perkuburan yang dikawal oleh Jabatan Agama Islam Selangor dengan keluasan keseluruhan sebanyak 52 ekar. TPIRS telah memulakan operasi secara rasmi pada 1 Januari 2020.
TPIRS diuruskan oleh Masjid Kampung Johan Setia (MKJS) dan mempunyai kekuatan tenaga 6 orang penggerak utama. TPIRS menerima pengkebumian jenazah bukan sahaja dari qariah Johan Setia dan kawasan berhampiran, malah dari seluruh negara tanpa mengira bangsa dan warganegara. Selain itu juga telah menjadi pusat pengkebumian bagi daerah Klang dalam operasi OPS COVID19 pada tahun 2020 sehingga 2022.
Insya Allah, dengan sokongan semua pihak terutamanya dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), TPIRS akan berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik dalam menguruskan jenazah.
Senarai Lot Kubur
Lot A
Lelaki
A001-A250
Lot B
Perempuan
B001-B650
Lot C
Bayi
C001-C100
Lot D
Lelaki
D250-D1000
Lot E
Anggota Badan
Lot F
Perempuan
F650-F1300
Mohd Izuan Abu Bakar
Ketua Penyelenggaraan
Md Khakim Ishak
Ketua Penggali
Wan Muhammad Wan Salleh
Pengurus
Mohd Norman Sehat
Penolong Pengurus
Mohd Farizul
Ketua ICT
Juhari Tahirin
Ketua Kebersihan
Mohd Zawawi Selah
Ketua Keselamatan
PENGURUSAN
Aktiviti
01
Program anjuran PAID Klang yang diadakan di TPIRS. Peserta terdiri daripada wakil masjid, khairat kematian dan pengurus tanah perkuburan daerah Klang. Alhamdulillah sambutan yang luar biasa.
02
Kami membina Tabung Pandu Lalu TPIRS dipintu masuk utama TPIRS untuk memudahkan para waris memberikan sumbangan. Kutipan tabung ini akan digunakan untuk penyelenggaraan dan juga pengurusan TPIRS
03
Pihak TPIRS memulakan projek penanaman rumput di kawasan perkuburan bermula Mac 2022 hingga April 2022. Projek ini dijangka akan mencantikkan landskap serta mengelakkan becak lumpur.
INFAQ PEMBELIAN BACKHOE
Pengurusan TPIRS akan membeli sebuah jentera pengaut korek berjenama CASE dengan tujuan untuk memudahkan lagi urusan penggalian kubur di TPIRS.
Sumbangan ikhlas tuan/puan boleh disalurkan ke akaun berikut :
BANK ISLAM
MASJID KG JOHAN SETIA (TPIRS)
12243010018060
Pendaftaran Jenazah
Pendaftaran jenazah di TPIRS adalah secara dalam talian melalui laman web. Ini bagi memudahkan akses waris dan juga pengurusan
Tempahan Kepuk
Tempahan dan pemasangan kepuk di TPIRS hanya boleh dibuat melalui pengurusan TPIRS. Semua bentuk kepuk diseragamkan dan menepati panduan yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS.
Sila tempah di pautan berikut :
Telefon
011-10384088
tpirsjs@gmail.com
Waktu Operasi
9.00 pagi - 6.00 petang